Senin, 19 Mei 2014

Kehebatan dan Kelebihan Surah al-Mulk

Surah al-Mulk adalah surah ke 67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yang terdiri daripada 30ayat. Dinamakan al-Mulk kerana kata 'al-Mulk' yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti'Kerajaan'. Surat ini disebut juga dengan 'at-Tabaarak' yang bererti 'Maha Suci'.

Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. 

Ulama berkata:- 

"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk."



Kandungan Surah al-Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah SWT terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud 'kerajaan'. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat celanya.

Allah SWT telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah SWT berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya:- 

"Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?"

Mereka menjawab:-


"Ya, tetapi kami mendustakannya."

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba periksa iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah SWT yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa dan yang berkuasa memberi serta menahan rezeki kita. Allah SWT amatlah murka terhadap mereka yang mendustakan-Nya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama:- 

"Katakanlah (Muhammad), terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

Kelebihan Surah al-Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

Di antara kelebihan surah ini ialah:-
  • Surah ini akan menjadi penyelamat
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah SWT)
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf AS (cantik)
  • Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik
Fadhilat Dari Hadith

Terdapat banyak hadith tentang fadhilat yang terkandung dalam surah al-Mulk, iaitu:-

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk."

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadith, katanya:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

Ulama berkata:- 

"Sesungguhnya surah al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka."

2.  Menyelamatkan Daripada Seksa Kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman. Kakinya berkata:-

"Kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca surah al-Mulk." 

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata:-

"Kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca surah al-Mulk." 

Maka, surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda:- 

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Nabi Muhammad SAW  bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Saidina Abdullah bin Abbas RA berkata:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari AllahSWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:-

"Tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al-Mulk."

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda SAW dan berkata:- 

"Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."

Nabi SAW bersabda:-

"Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur."  (HR at-Tirmizi)

3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda:-

"Hatiku ingin supaya surah al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah)."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4.  Mendapat Keistimewaan

Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata-

"Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf AS."

Ulama berkata:- 

"Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat surah al-Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

Wallahua'lam

Sumber : http://raudhahjiwa.blogspot.com/

0 comments:

Posting Komentar